Saturday, January 25, 2014

Chapter 51 : Oh My Film!

Pertama sekali, post ini adalah post yang pertama dalam tahun 2014 so tepuk tangan *clap* . Alright,straight to the point. Topik yang ingin saya sajikan kepada anda semua kali ini ialah tentang filem.

Filem atau wayang gambar yang diperkenalkan sejak zaman filem Seniman Tan Sri P.Ramlee lagi sehingga lah sekarang. Apa pandangan anda tentang filem tempatan mereka? Adakah semakin meningkat ataupun merundum? Ia terpulang pada anda semua untuk menilai.

Kebanyakkan filem sekarang sudah ada peningkatan dari segi jalan cerita and video pun dah HD tak macam dulu cuma nilai sesebuah filem atau cerita itu kadang-kadang tak se gah video HD itu,semacam suatu pembaziran. 

Bagi saya,saya tetap bangga kerana Malaysia berani mencuba untuk membuat filem,masih mahu berkarya,masih mahu menyampaikan sesuatu mesej untuk diterapkan dalam masyarakat kita.

Kadang-kadang mereka masih membuat filem yang sejenis sahaja, adakah mereka kekeringan idea? Sebenarnya,ia permintaan kita sendiri,kita yang meminta untuk disajikan filem-filem sebegitu . 

Seharusnya,kita harus peka dengan perkara sebegini. Penonton juga harus beri feedback dan kritikan yang membina agar industri filem kita terus meningkat dari segi kualiti. Pihak berkuasa juga harus memainkan peranan dalam hal ini juga. 






Pengajar Filem Profesional, Dov S- S Simmens juga selaku Pengasas Institut Filem Hollywood memberi pendapat beliau bahawa filem kita sudah punya idea dan konsep yang bagus tetapi apabila bab storytelling,kita masih lemah dalam hal itu. 

    Link untuk komen Dov S-S Simmens  http://malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/484905-malaysia-s-moviemakers-don-t-know-how-to-tell-a-good-story-says-hollywood-movie-instructor.html



Seharusnya kita sebagai penonton dan orang filem perlu bekerjasama untuk membangunkan industri filem kita agar filem kita diangkat di peringkat lebih bagus lagi.

 Apapun,saya mengucapkan syabas kepada mereka yang melibatkan diri dalam filem tempatan kerana mereka berjaya membikin filem. Filem tempatan sudah ada peningkatan yang bagus. Terus menyokong filem tempatan, siapa lagi kalau bukan orang kita,orang Malaysia sendiri. 

Akhir sekali, mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada kesilapan dalam entry blog saya ini. 












Tuesday, December 17, 2013

Chapter 50 - Miracle Snow?

Salam kepada semua readers di luar sana yang kebetulan singgah di blog saya,jutaan terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni, maklumlah sudah berapa lama dah tak update.punyalah pemalasa blogger ni. Jadi kebetulan saya punya masa yang terluang untuk update for entry baru blog ini. 

Baru baru ini kita ada terdengar mahupun terlihat di akhbar, televisyen,akhbar,internet dan sebagainya tentang salji yang turun di negara yang beriklim panas. Ya,itu yang berlaku pada masa kini dan berlaku dalam 2-3 hari yang lepas dan sebentar tadi satu berita telah keluar yang mengatakan Vietnam juga dilanda salji. 

Apa yang berlaku ialah semua kehendak Ilahi,Dia lah yang Maha Berkuasa atas segala di muka bumi ini. Jadi ini tidak mustahil untuk berlaku di negara yang beriklim panas tetapi apa yang saya lihat disini adakah ia salah satu tanda-tanda kiamat? Mungkin juga ia berlaku atas sebab yang lain juga.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya,mungkin juga kejadian ini mahu menyedarkan manusia yang bongkak,manusia 'kuku besi' untuk menyaksikan kebesaran dan kekuasaan  Ilahi. 



Mesir bersalji.


Palestin juga bermandi salji? Kebesaran Ilahi.


Tidak kira sama ada ia salah satu tanda kiamat atau sebaliknya,yang pasti ianya salah satu kebesaran Ilahi yang mungkin ingin ditunjukkan kepada manusia yang masih jahil seperti kita semua. Mungkin juga ia suatu rahmat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kepada saudara-saudara di luar sana yang menyebarkan tentang kejadian salji ini adalah suatu tanda kiamat berserta dengan hadis,Pastikan anda mempunyai bukti yang kukuh dan hadis yang sahih. Bertanya kepada yang lebih arif tentang hal ini.. 

Terlebih dahulu,saya mengundurkan diri. Jika ada salah dan silap di dalam post ini mohon ampun dan maaf. :)

 

Tuesday, July 9, 2013

Chapter 49 : Blessings Month,Ramadhan

Salam kepada semua umat muslim sekalian,terlebih dahulu saya nak memohon maaf kepada semua readers saya sebab dah lama tak update blog oleh kerana ada urusan penting. Walaubagaimanapun,saya cuba untuk main cilok masa sekejap memandangkan ada free time jadi saya nak update entry baru.

Agak excited kerana bulan yang berkat kembali lagi untuk tahun ini dan syukur kerana saya masih berkesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ini.Mudah-mudahan ramadhan kali ini dapat memberi ketenangan jiwa yang selama ini berkecamuk dek kerana syaitan dan nafsu yang menguasai minda dan tubuh badan.

Di bulan ramadhan ini juga kita berpeluang untuk mengumpul ganjaran pahala dengan sebanyak yang mungkin so meh la race untuk kebaikan,ramai ramai mengimarahkan lagi masjid masa solat terawih (jangan lupa terawih start malam ini).

Berpuasa juga memberi kita banyak manfaat dan hikmahnya di sebaliknya.Antara contohnya:-

   -Puasa dapat memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti menrehatkan pencernaan perut dari bekerja berterusan dan mengeluarkan sisa makanan dari tubuh badan serta menguatkan badan kita.

      -Dapat membersihkan segala toksik-toksik dan kotoran dalam badan kita.


       -Menggantikan sel-sel yang rosak dalam sistem badan kita.

    
        -Memperbaiki fungsi hormon dan meningkatkan fungsi organ tubuh badan.


Selain itu,berpuasa juga bertujuan untuk menyucikan rohani dan hati kita yang selama ini dikotori dengan dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini. Melatih kita untuk lebih bertakwa,bersabar serta melemahkan hawa nafsu.

Paling penting sekali,ia mengajar kita erti kepayahan dan kelaparan yang dialami oleh saudara islam yang lain yang dalam kesusahan dan kelaparan . Justeru, kita akan melahirkan rasa syukur kerana kita masih hidup dalam keadaan selesa, dikurniakan rezeki yang melimpah  ruah. 

Apa yang saya harapkan dalam bulan ramadhan ini untuk mengambil peluang beribadah dengan sebaik yang mungkin serta mencari ketenangan jiwa yang berkecamuk selama ini.

 Itu sahaja coretan saya kali ini, mohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan kesalahan yang mengguris hati pembaca sekalian.Harap info yang diberi dapat memberi sedikit maklumat kepada anda semua. Salam Ramadhan 1434H





Thursday, April 18, 2013

Chapter 48 : Follow the flow,Follow the trend

Hello everybody,here goes me with my new entry post of my blog and yeah i'm kinda busy lately because got to focus my work actually.
    
Trend? What is trend? yeah, trend also can refer in fashion mostly and also culture and many others. So we already know that end of 2012 till early 2013 we know that Gangnam Style dance was the most famous that period but it's overtaken by Harlem Shake dance. Yeah,that crazy wild party dance like. It's all begin from Youtube.


The Harlem Shake is an internet meme in the form of video which a group of people perform a comedy sketch accompanied with the Harlem Shake songs. Harlem Shake become a viral trend when when established by five teenagers from Queensbay,Australia on February 2013 and more people replicated the video and do the dance and upload their own version makes Harlem Shake become a trend.




                                               Harlem Shake dance 

And now in April 2013 another trend comes arrive so quickly and overtake the Harlem Shake . The "Gwiyomi Player" was mostly recreated by teenage girls from Southeast Asia, where the K-pop music genre has a huge and loyal fanbase.

Gwiyomi which means “cutie” in Korean, is a song sung with a child like voice singer Hari.
Basically follow the moves to the chorus (below)
hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
ildeo hagi ileun gwiyomi, ideo hagi ineun gwiyomi
samdeo hagi sameun gwiyomi, gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeo hagi sado gwiyomi, odeo hagi odo gwiyomi
yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi
and act cute! Because Gwiyomi means cutie.
It's already been hit at Korea since last year but Thai's girl make it become a viral trend right now and been followed by Philipines and also in Malaysia.  

On February 18, 2013, a song called the "Gwiyomi song" was released by South Korean singer Hari. The song was inspired by Jung Ilhoon's 'Gwiyeomi Player'. 

It became popular after Jung Ilhoon himself, uploaded a cover video on his music label,Cube Entertaiment's YouTube channel, performing the gestures while singing the song with his own version of lyrics.This inspired many South Korean teenage girls to upload their own version of Gwiyomi on the Internet.

So which one of your trend huh? P/S - I heard that PSY just released his new single called 'Gentleman'


Saturday, February 9, 2013

Chapter 47 :2013,Snake Year

Hey,wassup?I know i didn't post for a long time and i'm really apologise for that.I'm kinda busy for my task,classes and got many outdoor activities. Ok,first of all, this new year of 2013 for me it's ok for now. Got many friends cheers me up.

Okay,for this February,tomorrow 10 February Malaysia will celebrate Chinese New Years for this year. This year is Snake Year.yeah,same with my mom.My mom also born on Snake Years too.Well i guess they artistic then.

I'm also don't have any time to spend time with my friends at Klang because i really busy.But i will try to kill some time to spend with them.

So i guess Happy Chinese New Year 2013.May this year bring Happiness and Glory to all my chinese friends.. I miss them so much,It's been a long time i didn't see them. so have fun :) 





Friday, November 2, 2012

Chapter 46: Perigi Cari Timba?

Salam,ya kita bertemu lagi dalam rancangan.. *krik krik* ok aku dah merepek apa pulak ni?ok di pagi yang sejuk lagi membeku ni,aku ingin update something interesting.Maybe ada yang tahu pasal tapi ada juga yang belum tahu atau dah lupa so aku nak share dengan kamu semua.


Anda semua pernah dengar ayat ni 'Perigi Cari Timba'? dalam erti kata lain,perempuan mengurat lelaki atau perempuan cari lelaki atau perempuan melamar lelaki,amboi banyak atau sangat pula. Sebenarnya,boleh ke perempuan buat macam tu? disini saya ingin kongsikan bersama korang semua.

Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Jadi Islam itu mudah bukan?kita memang dilahirkan untuk disayang dan juga menyayangi dan kita juga dicipta untuk berpasangan di dunia ni.Akhir kata,jodoh dan pertemuan di tangan Allah.kita hanya merancang,Allah yang menentukan. 

Saya ingin memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dalam post ini,maklumlah saya hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan.

Sumber :http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1142-bagaimana-bercouple-cara-islam.html#.UJR9xEiWF9c.facebook

Thursday, October 25, 2012

Chapter 45: AidilAdha,Suatu Pengorbanan



 Sesungguhnya hari raya korban atau hari raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia ini.

 Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, mengambil sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci, Mekah. Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian.

Peristiwa itu sebenarnya satu simbolik kepada umat Islam mentaati Allah dengan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkanNya.Pada hakikatnya, pengertian korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin, tetapi falsafah korban itu merangkumi aspek yang lebih luas. 

Ini termasuklah pengorbanan antara seorang manusia dengan manusia yang lain dan secara individu, umpamanya pengorbanan isteri terhadap suami dan anak-anak, anak terhadap kedua ibu bapa, begitu juga ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak tercinta.Berkorban bukan sahaja membawa erti tentang kesanggupan seseorang itu untuk menyerahkan harta atau apa-apa yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan orang lain yang lebih memerlukan, tetapi lebih kepada kesanggupan seseorang untuk berbuat sesuatu untuk tujuan kebaikan.

hidup adalah satu perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan.


Berkorban demi islam,demi kebaikan. moga hari raya aidiladha memberi suatu kesedaran kepada kita semua.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...