Thursday, February 23, 2012

Chapter 42~Smart Phone so smart when going bad


CALIFORNIA – Semakin luasnya kehadiran telefon pintar Android, tentu saja membuat peranti tersebut kian popular. Malah laporan terbaru mendakwa jumlah telefon Android yang telah diaktifkan setiap hari, melebihi jumlah kelahiran bayi setiap hari.

Menurut Telegraph, 16/1/2012, mengatakan bahawa pengaktifan telefon Android setiap hari melampaui kelahiran bayi setiap hari. Malah Robert Kyncl, ketua pemilik YouTube bergurau mengatakan bahawa Google kini harus mencari pelanggan di planet lain.

Kenyataan Kyncl tersebut sebenarnya tidak lah kelihatan berlebihan, semasa pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas dia mengatakan bahawa pada Disember tahun lalu 700 ribu jenis telefon Android dihidupkan setiap hari. Untuk perbandingan, menurut PBB kira-kira 300 ribu bayi dilahirkan di seluruh dunia setiap hari, angka tersebut tentu saja lebih sedikit berbanding dengan pengaktifan Android setiap hari.

Semakin banyak telefon Android yang dilancarkan, nampaknya jumlah pengaktifan akan semakin tinggi selama beberapa waktu. Malah semasa di CES 2012, banyak pengeluar yang memaparkan telefon pintar yang menggunakna sistem Android dan peranti tabletnya dalam acara tersebut.

Walaupun Android semakin popular, Microsoft dan Nokia sedang berusaha utuk menyaingi sistem operasi Google tersebut dengan pelbagai telefon pintar dikeluarkan dengan disokong oleh Windows Phone 7. Semasa CES 2012, dua syarikat tersebut telah menyatakan bahawa tentang kemunculan Lumia 900.

Walaupun sistem Android mempunyai jumlah pengaktifan yang tinggi, tapi menurut leporan terbaru, telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone terus terjual dengan jumlah yang signifikan.

Jadi dinasihatkan kepada anda yang menggunakan telefon pintar itu ambil langkah berjaga-jaga okay walaupun ia mempunyai banyak kemudahan namun harus berwaspada juga.


http://aduhaimedia.com/bahayanya-menggunakan-telefon-pintar-apabila-segala-aktiviti-kita-direkod-dirakamkan/

2 comments:

  1. makin lama makin canggih la teknologi..ayooo...
    nice entry..thanks share..

    apa2 pun do follow my blog ye =)

    ReplyDelete
  2. hey firdaus. thanks bro.ok nanti i'll follow you.anyway,thanks again for read :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...