so dah nampak kan gambar yang kat atas tu kan?tapi syaitan dah kena ikat pun masih ada jugak yang buat masalah.nama pun manusia,ada nafsu.so dalam bulan puasa ni kita bukan sahaja tak boleh makan dan juga minum di siang hari malah jaga mata daripada maksiat,telinga,hidung dan perut.time bulan puasa banyak cabaran dan dugaan yang kita hadapi padahal kita dapat ganjaran tu cuma kita sahaja yang tak menyedarinya.
Bulan puasa adalah bulan mulia so amalan pun kenalah mulia macam solat terawih,membaca al-quran,solat lima waktu dan sebagainya.tak dapat buat banyak sikit pun tak jadi asalkan kita beramal kepada Allah.saya tak pandai sangat nak ceramah dalam bab agama ini .saya hanya tahu yang asas sahaja tapi saya ada dapat satu info yang menarik tentang pembaziran.
-Gambar di atas cuma hiasan sahaja :D
Pembaziran ini berlaku apabila kita nak beli makanan untuk berbuka.lapar punya pasal beli banyak-banyak tapi bila buka puasa nanti tak habis lepas tu buang.tak ke membazir?so tidak digalakkan untuk membeli makanan banyak-banyak.beli yang perlu sahaja. Tidak semestinya membeli benda mahal adalah membazir dan tidak semestinya beli benda murah jimat.nak tau apa sebabnya?sebab benda mahal tu adalah keperluan bagi seseorang itu contohnya laptop yang menjadi keperluan bagi seorang pelajar IPT manakala benda yang murah menjadi pembaziran contohnya kita beli keropok yang murah tapi beli dalam kuantiti yang banyak.so dah nampak kan perbezaan mahal dan murah kan?
Satu lagi pembaziran yang berlaku dalam bulan puasa ni semasa nak beli barang untuk persediaan hari raya.banyak duit membazir sebab nak beli baju baru padahal baju yang tahun lepas masih elok dan cantik lagi.Lainlah kalau baju lama tu dah buruk takpe la jugak.
so aku harap korang dapat memanfaatkan masa ,ibadat dan juga ilmu semasa bulan yang mulia ini.jangan ponteng puasa tau! :) minta maaf banyak-banyak jika post saya ini ada menguris perasaan anda semua ketika membaca post ini,maaf sekali lagi.Akhir kata,selamat berpuasa saya ucapkan.
No comments:
Post a Comment