Tuesday, October 11, 2011

Chapter 33~There Must Be A Reason


Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah ?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


-Setiap manusia punya jodoh dan pertemuan cuma masa sahaja yang menentukan.sesungguhnya,Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..

Ini sahaja saya dapat kongsikan kepada anda semua.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya so walaupun anda dikecewakan namun ada hikmahnya dan apa yang terbaik untuk kita. :)

3 comments:

  1. makweblogspot:haha,terpulanglah kalau anda nak couple atau tak.yang penting jodoh itu mesti ada.INSYAALLAH. :)

    ReplyDelete
  2. tapi its take a lOng time nak lepas dari Org yg "bukan jOdOh kita " tue..banyak sangat halangan..tue in relatiOnship nanti dh break up..that a lOt of tears yg turun tapi diakhirnya ada kemanisan yg kadang2 kita sendiri xsedar..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...