Salam to all my blog readers,it's been a while i didn't update
my new post since March.So right now i'm gonna have a little post to share
with.Jadi saya akan mulakan dengan Bahasa Melayu memandangkan bahasa jiwa
bangsa.Post kali ini ialah saya inginkan memberitahu sedikit isu-isu semasa pada bulan Jun.
8 jun 2012 bermulanya fenomena Euro 2012 dimana tuan
rumah bagi pertandingan ini ialah kerjasama dua negara iaitu Poland dan
Ukraine.Yang tengah demam bola tu memang kena stay up till late night right?.
More important is today 17 June 2012 bersamaan 27 Rejab
1433 ialah dua benda penting berlaku dalam satu hari iaitu Hari Bapa dan
penting kepada umat Islam iaitu Isra' dan Mikraj. Kepada bapa-bapa
sekalian,Selamat Hari bapa saya ucapkan kerana pengorbanan anda semua memang tidak
ternilai harganya and same goes to my lovely father,Happy Father Day,Ayah.. i'm
proud of you because you always gave me couragement to be a man someday.
Sekarang pula peristiwa asal Isra' Mikraj bermula apabila Rasulullah berumur 52 tahun pada 27 Rejab tahun ke 12 dari masa kenabian beliau.Tarikh ini bersamaan 662 Masihi setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah.Tahun itu juga dikenali sebagai tahun dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia.Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
- Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
-Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil
Muntaha di langit yang ketujuh.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara
umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku
dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad
atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja.
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda
S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat
syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke
dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan
dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang
bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa
yang dinamakan "Israk" itu.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah.
Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.
Akhir kata saya memohon maaf jika salah silap dalam post saya ini kerana saya masih banyak perlu belajar tentang ajaran Islam.Kalau ada sesiapa yang lebih arif tentang ini anda dialu-alukan untuk memperbetulkan post saya ini memandangkan saya juga manusia lemah dan tidak sempurna.
No comments:
Post a Comment