Saturday, July 23, 2011

Chapter 29~Juvana,WiraBakti

wassup kali ni nak cakap melayu pulak sebab topik ini pun dalam bahasa melayu jugak jadi saya harap anda enjoy.nak reviu sikit pasal drama yang menjadi kegilaan orang ramai terutama anak muda iaitu drama juvana bersiaran di tv3 bermula 25 april 2011 hingga 18 julai 2011.. kalau nak tau lagu sountrack diberi iaitu lagu sulung mereka 'babak pertama' dinyanyikan oleh Drama Band. kesemuanya mempunyai 13 episode jam 9.cerita ini mengupas hidup pesalahjuvana. Salah seorang bernama Daim dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya walhal dia tidak terpaksa melalui rintangan amat perit di Sekolah Wira Bakti . Botak,taiko di sekolah itu sering memukul dan membuli Daim tetapi kehadiran Cikgu Zakiah memberi sinar harapan kepada Daim untuk melawan musuh,mempertahankan diri dan mengenal pasti kelemahan musuh.




sama kan dengan background blog saya.. ? :P




Siapa yang berminat nak mendaftarkan diri kat sekolah ni boleh apply online okay?:P


Tenaga Pengajar






Warden Raja

dilakonkan oleh Bront Palarae,Seorang warden yang tegas,amat mementingkan disiplin dan juga agama tetapi di episod 13(akhir) dia lah dalang dalam mencuri wang dana dan menyembunyikan tape rakaman bukti pembunuhan mak daim.

"Tanpa agama kamu akan sesat dan tanpa disiplin kamu sama seperti binatang"





Cikgu Zakiah(Izreen Azminda)

Seorang guru kaunseling yang berilmu dan mencuba untuk mengubah hidup pelajar juvana.selalu memberi motivasi dan semangat kepada Daim untuk melawan Botak.Juga guru dalam Kelab Debat.dalam drama ini kita dapat lihat pelbagai topik yang mereka debatkan terutamanya masalah sosial remaja.Pada mulanya kelab debat ini tidak diterima oleh Warden Raja namun setelah Kelab Debat berjaya menaikkan nama sekolah tersebut,Warden membenarkan mereka untuk meneruskan pertandingan debat antara sekolah.

"Akal kalau kita asah boleh jadi tajam,boleh jadi senjata"
"Penjara dibina untuk tubuh badan,bukan akal"




Cikgu Ariffin(Beto Kusyairy)

Merangkap Timbalan warden di Sekolah Wira Bakti dan juga guru pertanian.seorang duda dan mempunyai masalah dengan bekas isteri.Tidak menyukai guru perempuan untuk mengajar di sekolah ini terutamanya cikgu Zakiah.




Cikgu Azmee(Irfan Roslan)

Seorang guru mekanikal,sangat rapat dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut,selalu membantu cikgu Zakiah dan menyukai cikgu Zakiah.



Pelajar Juvana





Daim(Zahiril Adzim)

Daim dituduh membunuh ibunya dan juga teman lelakinya dalam rumah.setelah masuk di sekolah juvana ini,dia sering dipukul dan dibuli oleh Botak namun kawan baiknya Apek yang selalu membantu dia dari dipukul oleh Botak.

"Aku tidak akan terperangkap selamanya"



Apek(Syazwan Zulkifly)

Sahabat baik kepada Daim.selalu menyelamatkan Daim apabila dia dalam bahaya atau dipukul oleh Botak.Seorang yang suka buat lawak dan peramah.

"ini baru masuk sekolah jahat,belum penjara lagi.Senyum sikit!"




Botak(Johan Asari)

Botak,taiko besar di Sekolah Wira Bakti.Ditakuti ramai pelajar di sekolah itu terutamanya Daim namun Botak rasa tercabar apabila Daim dapat mengenal pasti kelemahan nya. Amat rapat dengan Ayam iaitu orang kanannya.

"Gangster memang sejak lahir lagi jadi gangster"




Ayam(Adam Shah)

Orang kanan kepada Botak.selalu bersubahat dengan botak tetapi insaf selepas mereka terdengar debat antara Kedah dan Daim tentang kesilapan silamnya lalu menyertai Daim dan juga kelab debat untuk melawan dengan Botak.

"kat sini kau boleh jadi 3 benda.Taiko,Balachi,Jambu.Pilih je!"






Kicap(Fizz Farzeril)




Gaban(Shafiq Ikmal)





Panjang(Idzham Ismail)




Fit(Shukri Yahaya)




Komeng/Ain(Mohd Khairul Kamal)




/
Gajah(Riki Rikando Idris)




Abe(Helmy Hakim)





Chong(Add Syuhada)



Banyak yang memberi respon tak kira sama ada positif mahupun negatif tetapi dari sudut respon negatif nya ialah ada beberapa penonton yang mengatakan cerita ini ganas dan mengajar budak sekolah untuk menjadi gangster tetapi bagi saya pula cerita ini memberi pengajaran kepada remaja di luar sana sekaligus mengajar kita untuk menjadi remaja yang berguna dan berilmu.Di samping itu,cerita ini juga saya rasa mendidik kita supaya kita tidak memandang dari segi luaran sahaja kerana tidak semua orang jahat yang asalnya jahat.kita juga boleh mengubah diri kita ke arah lebih positif.Ia juga mengajar kita untuk mempertahankan diri kita daripada ditindas dan juga menggunakan akal fikiran kita walau di mana pun kita dicampak dan jangan pernah putus asa.itulah yang saya dapat sedikit pengajaran dari cerita ini.apepun,saya suka watak cikgu Zakiah sebab banyak kata-kata motivasi dalam cerita ini,tampak hidup watak sebagai seorang guru.semua pelakon baru juga sangat berbakat dan nampak hidup.syabas Juvana!one of the best drama in Malaysia.

okay that's all,sorry if any mistakes on this post. p/s: aku memang minat gila cerita juvana.tak pernah miss tau :P

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...