Saturday, January 25, 2014

Chapter 51 : Oh My Film!

Pertama sekali, post ini adalah post yang pertama dalam tahun 2014 so tepuk tangan *clap* . Alright,straight to the point. Topik yang ingin saya sajikan kepada anda semua kali ini ialah tentang filem.

Filem atau wayang gambar yang diperkenalkan sejak zaman filem Seniman Tan Sri P.Ramlee lagi sehingga lah sekarang. Apa pandangan anda tentang filem tempatan mereka? Adakah semakin meningkat ataupun merundum? Ia terpulang pada anda semua untuk menilai.

Kebanyakkan filem sekarang sudah ada peningkatan dari segi jalan cerita and video pun dah HD tak macam dulu cuma nilai sesebuah filem atau cerita itu kadang-kadang tak se gah video HD itu,semacam suatu pembaziran. 

Bagi saya,saya tetap bangga kerana Malaysia berani mencuba untuk membuat filem,masih mahu berkarya,masih mahu menyampaikan sesuatu mesej untuk diterapkan dalam masyarakat kita.

Kadang-kadang mereka masih membuat filem yang sejenis sahaja, adakah mereka kekeringan idea? Sebenarnya,ia permintaan kita sendiri,kita yang meminta untuk disajikan filem-filem sebegitu . 

Seharusnya,kita harus peka dengan perkara sebegini. Penonton juga harus beri feedback dan kritikan yang membina agar industri filem kita terus meningkat dari segi kualiti. Pihak berkuasa juga harus memainkan peranan dalam hal ini juga. 






Pengajar Filem Profesional, Dov S- S Simmens juga selaku Pengasas Institut Filem Hollywood memberi pendapat beliau bahawa filem kita sudah punya idea dan konsep yang bagus tetapi apabila bab storytelling,kita masih lemah dalam hal itu. 

    Link untuk komen Dov S-S Simmens  http://malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/484905-malaysia-s-moviemakers-don-t-know-how-to-tell-a-good-story-says-hollywood-movie-instructor.html



Seharusnya kita sebagai penonton dan orang filem perlu bekerjasama untuk membangunkan industri filem kita agar filem kita diangkat di peringkat lebih bagus lagi.

 Apapun,saya mengucapkan syabas kepada mereka yang melibatkan diri dalam filem tempatan kerana mereka berjaya membikin filem. Filem tempatan sudah ada peningkatan yang bagus. Terus menyokong filem tempatan, siapa lagi kalau bukan orang kita,orang Malaysia sendiri. 

Akhir sekali, mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada kesilapan dalam entry blog saya ini. 












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...