Tuesday, December 17, 2013

Chapter 50 - Miracle Snow?

Salam kepada semua readers di luar sana yang kebetulan singgah di blog saya,jutaan terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni, maklumlah sudah berapa lama dah tak update.punyalah pemalasa blogger ni. Jadi kebetulan saya punya masa yang terluang untuk update for entry baru blog ini. 

Baru baru ini kita ada terdengar mahupun terlihat di akhbar, televisyen,akhbar,internet dan sebagainya tentang salji yang turun di negara yang beriklim panas. Ya,itu yang berlaku pada masa kini dan berlaku dalam 2-3 hari yang lepas dan sebentar tadi satu berita telah keluar yang mengatakan Vietnam juga dilanda salji. 

Apa yang berlaku ialah semua kehendak Ilahi,Dia lah yang Maha Berkuasa atas segala di muka bumi ini. Jadi ini tidak mustahil untuk berlaku di negara yang beriklim panas tetapi apa yang saya lihat disini adakah ia salah satu tanda-tanda kiamat? Mungkin juga ia berlaku atas sebab yang lain juga.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya,mungkin juga kejadian ini mahu menyedarkan manusia yang bongkak,manusia 'kuku besi' untuk menyaksikan kebesaran dan kekuasaan  Ilahi. 



Mesir bersalji.


Palestin juga bermandi salji? Kebesaran Ilahi.


Tidak kira sama ada ia salah satu tanda kiamat atau sebaliknya,yang pasti ianya salah satu kebesaran Ilahi yang mungkin ingin ditunjukkan kepada manusia yang masih jahil seperti kita semua. Mungkin juga ia suatu rahmat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Kepada saudara-saudara di luar sana yang menyebarkan tentang kejadian salji ini adalah suatu tanda kiamat berserta dengan hadis,Pastikan anda mempunyai bukti yang kukuh dan hadis yang sahih. Bertanya kepada yang lebih arif tentang hal ini.. 

Terlebih dahulu,saya mengundurkan diri. Jika ada salah dan silap di dalam post ini mohon ampun dan maaf. :)

 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...