Tuesday, July 9, 2013

Chapter 49 : Blessings Month,Ramadhan

Salam kepada semua umat muslim sekalian,terlebih dahulu saya nak memohon maaf kepada semua readers saya sebab dah lama tak update blog oleh kerana ada urusan penting. Walaubagaimanapun,saya cuba untuk main cilok masa sekejap memandangkan ada free time jadi saya nak update entry baru.

Agak excited kerana bulan yang berkat kembali lagi untuk tahun ini dan syukur kerana saya masih berkesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ini.Mudah-mudahan ramadhan kali ini dapat memberi ketenangan jiwa yang selama ini berkecamuk dek kerana syaitan dan nafsu yang menguasai minda dan tubuh badan.

Di bulan ramadhan ini juga kita berpeluang untuk mengumpul ganjaran pahala dengan sebanyak yang mungkin so meh la race untuk kebaikan,ramai ramai mengimarahkan lagi masjid masa solat terawih (jangan lupa terawih start malam ini).

Berpuasa juga memberi kita banyak manfaat dan hikmahnya di sebaliknya.Antara contohnya:-

   -Puasa dapat memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti menrehatkan pencernaan perut dari bekerja berterusan dan mengeluarkan sisa makanan dari tubuh badan serta menguatkan badan kita.

      -Dapat membersihkan segala toksik-toksik dan kotoran dalam badan kita.


       -Menggantikan sel-sel yang rosak dalam sistem badan kita.

    
        -Memperbaiki fungsi hormon dan meningkatkan fungsi organ tubuh badan.


Selain itu,berpuasa juga bertujuan untuk menyucikan rohani dan hati kita yang selama ini dikotori dengan dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini. Melatih kita untuk lebih bertakwa,bersabar serta melemahkan hawa nafsu.

Paling penting sekali,ia mengajar kita erti kepayahan dan kelaparan yang dialami oleh saudara islam yang lain yang dalam kesusahan dan kelaparan . Justeru, kita akan melahirkan rasa syukur kerana kita masih hidup dalam keadaan selesa, dikurniakan rezeki yang melimpah  ruah. 

Apa yang saya harapkan dalam bulan ramadhan ini untuk mengambil peluang beribadah dengan sebaik yang mungkin serta mencari ketenangan jiwa yang berkecamuk selama ini.

 Itu sahaja coretan saya kali ini, mohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan kesalahan yang mengguris hati pembaca sekalian.Harap info yang diberi dapat memberi sedikit maklumat kepada anda semua. Salam Ramadhan 1434H





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...